Tuesday, December 1, 2009

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA NILAM

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA NILAM

I. Penasihat – Guru Besar
Guru Besar sebagai pentadbir sekolah bertanggungjawab memastikan kejayaan pelaksanaan dan keberkesanan program ini.

II. Pengerusi – GPK 1
a. Mempegerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Program NILAM
b. Memahami dasar dan matlamat program
c. Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa
d. Memastikan pelaksanaan Program NILAM berjalan lancar melalui
• Penyeliaan
• Perjumpaan dengan guru
• Temubual murid dan ibu bapa secara formal
• Laporan pelaksanaan
e. Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program NILAM
f. Mengambil tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan program
g. Mengenalpasti guru untuk menghadiri kursus dan seminar yang berkaitan dengan bacaan dan seumpamanya.
h. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid
i. Meluluskan peruntukan kewangan dan yang berkaitan
j. Mengesahkan laporan yang berkaitan dengan Program NILAM

III. Timbalan Pengerusi – GPK HEM / GPK KOKU
a. Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaan beliau.
b. Membantu Pengerusi merancang, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai Program NILAM
c. Membantu Pengerusi untuk menjayakan Program NILAM
d. Membantu Pengerusi mengenalpasti kelemahan Program NILAM dan mengambil tindakan.
e. Menyelia aktiviti-aktiviti yang menyokong Program NILAM
f. Memastikan Program NILAM dilaksanakan mengikut perancangan
g. Menyediakan pengurusan kewangan Program NILAM
h. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid

IV. Penyelaras Program – GPM
a. Memberi taklimat tentang pelaksanaan Program NIALM pada setiap awal tahun
b. Menentukan program dan menyediakan kertas kerja aktiviti yang hendak dilaksanakan
c. Merancang anggaran perbelanjaan Program NILAM
d. Menganjurkan aktiviti Program NILAM peringkat sekolah
e. Memastikan program berjalan dengan lancar
f. Menjadi urus setia untuk pemberian anugerah NILAM di peringkat sekolah
g. Mengenal pasti dan membimbing calon untuk anugerah NILAM peringkat negeri
h. Mendapatkan pengesahan laporan dan data NILAM daripada Guru Besar
i. Menghantar laporan dan data NILAM ke PKG
j. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid

V. Setiausaha – Guru NILAM
a. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat
b. Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan
c. Membantu Penyelaras Program menjalankan aktiviti NILAM
d. Mempamerkan data dan maklumat di Sudut NILAM
e. Mengumpulkan maklumat (kertas kerja, laporan, bahan, data) dan menyerahkan kepada penyelaras program
f. Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan kepada Penyelaras Program dan salinan kepada Pengerusi
g. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

VI. Penolong Setiausaha – Guru Data NILAM

VII. Ketua Panitia

VIII. Guru Kelas
Bertanggungjawab secara langsung menjayakan program ini. Antara lain tugas mereka adalah :
• Mewujudkan sudut bacaan kelas.
• Mendapatkan buku rekod bacaan.
• Mengedar bahan bacaan.
• Membuat pinjaman buku dari PSS.
• Menyemak dan merekod data bacaan murid.
• Mengesah dan menandatangani buku rekod bacaan murid.
• Memastikan program NILAM ini berjalan mengikut perancangan.

IX. Guru Perpustakaan
X. Wakil PIBG

No comments:

Post a Comment